THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Selasa, 21 Jun 2011

-> Syurga Menanti <-


Nama aku amir, aku menetap di kampung kempas kedah. Actually aku baru je pindah kat sini ikut pernts aku,parnts aku ada kerja kat sni.aku tak suka tmpat ni sebab pans ,sempit dan bnyak nyamuk lak too…errr.idup di kota lagi bagus dikampung .TAPI ! itu semua dlu. Sekarang itu semua tidak lagi.sekarang aku lebih suka tinggl di kampong,sebb kampong membuat hidup aku jadi lebih baik..Hehehe… actually,selepas aku pindah hidup aku orang2,tak bnyak brgaul dengn orang pun,ramai orang kata aku sombng. Geram aku !!. masa first day ak kat sekolah ,aku dduk sorang2. lepas 3minggu baru aku mula berkawan,itu pun dngan budak kelas aku sndri je,itu pon prmpuan. Nama dia nana,dia baik sangt,dah lah baik,cantik,bijak pulak too,dia bnyak tolong aku dalam kelas ,dikatakan kami mmg BFF laa,satu hati,aku nmpak nana kene buli dngan geng yg “Gengster” Geng 69,mcm bodoh je geng to..ska ati je buli kawan baik aku,aku tak bolah tengok orang buli kwn baik aku, kesian nana nasib baik diorang xambil duit dia. Aku g tolong dia, teruk jugak aku kene pkul ngan geng to,abis lunyai badan aku,aku snggp buat apa saja demi nana.

Tiga hari aku tak datang sekolah,lemah badan aku akibat kene pukul geng2 yang gaduh hari tu..aku dngar telefon b’bnyi.. “ Hello,amir ..amir sihat..?sunyi la nana tak ada amir dalam kelas..rasa rindu pun ada..hehehe” trtawa kecil nana aku mendengarnya “amir pun rindu nana,nana kan “sayang”amir,opsss…aku trlepas cakap..malu.. “yelah tu..pandai amir buat lawak..” kata nana, aku malu gila..ESOKNYA dekat sekolah, aku brbual macam besa dengan nana.

Masa cuti pnjang,aku dengan nana rancang nak pergi tengok wayang ,seronok abiskan cuti aku dngan nana,tngah menjamah makan. “nana,amir nak gtaw somnting kat nana,sebnarnya,amir sukakan nana,sudi tak nana jdi buat ati amir..?” nana tersentak,sperti mahu tersdak makannya.. “apa amir ni,amir ni buat nana malu je lah..segan nana” merah pipi nana, “serius nana,dah setahun amir perdam rasa cinta amir kat nana,amir tak nak luahkan masa SPM dulu,takot gngu peljran nana..tiba lah masanya sekarang”. “sebnarnya amir,nana pun dah lama sukan amir,amir baik sngt dengan nana,nana ingat lagi,amir snggp korban diri amir utk slmatkan nana,mula saat tu nana sukakan amir” tersnyum manis terpaut di bibir nana,satu prtalian prcintaan mula trikat.

Saat itu,amir dan nana sangt bhgia,tidak ada siapa dapat mghalang cinta suci mereka. Sehingga suatu saat, nana trpksa melanjutkan plajarannya ke Kuala Lumpur. Amir hanya meyambung pljarannya di kolej yang t’dekat dengan rumahnya saja. “amir janji ya..jangan pernah lupakan nana,jangan pernah tingglkan nana..” “amir janji sayang,amir takkan pernah lupa dan tingglkan nana..”

Hari berganti hari,aku kesunyian tanpa nana. Selalunya aku brsama nana waktu petang bgini. Aku rindu gelak tawa,senyum manis nana.. 2tahun aku menunggu ,kini nana pulang kepad aku buat selamanya . aku ingin melamar nana sbagai pemaisuri hati aku, lepas kpulangan nana, aku lihat nana lain sperti dulu tidak lagi trsnyum ,tidak lagi riang seprti dlu, kini muka dia pucat dan lemah..diam menbisu, tak banyak brcakap seperti orang sakit. Aku brtanya kpada nana,apa yang sedang brmain di fikirannya.. “sayang..kenapa amir tngok nana lain sangt lepas nana balik,cuba nana luahkan pada amir..” pujuk aku pada nana yang menyepi .. “tak ada apa lah amir,nana oke je..tak ada masalh pun, amir takyah risau lah pasal nana,” nana trsnyum sinis pada aku, aku risau pada diri nana..aku tau dia menipu aku..aku tahu dia sdang mengnggung derita sebalik wajahnya yang sedang cuba mnymbunyi dari pada aku.

Sedang aku bermain air di tepi pantai bersama nana, dalam tengah gmbira, aku terkejut melihat nana jatuh sambil memegang perutnya,nana seperti diserang kesakitan. Aku segera mengangkat nana dan terus pergi ke hospital. Hampir setengah jam nana ditahan didalam wad kecemasan aku bertnya pada doctor.. “doctor,keadaan nana mcam mana ..?” “kami harap encik dapat brsabar dan brdoa pada Allah..nana megalami barah di pancresnya. Buat masa sekarang, kami hanya dapat memberinya ubat tahan sakit dan memberi rawatan trhadapnya setiap minggu.” Terlerai air mata aku setelah mendengar penjelasan doctor tadi.

“Sayang, nana mintak maaf sebab rahsiakan penyakit nana pada amir. Nana taknak amir risau, maafkan nana..” “sudahlah sayang,amir tak kisah, sekarang ni,kita Cuma perlu cari jalan dan usaha untuk sembuhkan nana” “Nana dah tak bolh sembuh dah amir,nana akan mati..!!!” “Nana jangan cakap macam to,amir tak suka,amir taknak nana tingglkan amir,amir nak kita khwin ,amir nak nana jadi permaisuri hati amir, nana tolong jangan macam ni, nana tabahkan diri nana,amir akan usaha juga selamatkan nana,amir sayang nana..” mengalir air mata nana di pipi,aku menahan sebak di dada..

Nana dikeluarkan dari wad pagi tadi,aku membawa nana di tepi pantai ,tenangkan fikiran dia,tidak usah lagi memikirkan penyakitnya itu,aku membuat nana tertawa, senang hati aku melihat nana dapat tersnyum lagi..” “Nana,bulan depan kita khawin ya..” “serius ke ni amir..? tapi…” “tapi apa sayang ..?” “nanti kalau nana dah tak ada, amir janji ya..amir akan jaga diri dan nana nak amir ,cari peganti diri nana untuk jaga diri amir ..” menitis air mata nana, aku mengesat air mata nana..” Nana ,jangan macam ni, amir janji selagi amir masih hidup , amir akan tetap jaga nana..” aku memeluk nana erat sambil mengusap kepalanya..

“ Tak sangka sayang,hari kebhgian kita dah tiba..nana dah jadi isteri amir yang sah..nana nak bhgiakan amir selagi nana hidup..” aku hanya tersnyum dan mengucup dahinya..malam itu disaat aku sedang baring menunggu nana sudah abis solat isyak…aku membaca buku dia ats katil. Sesudah nana sudah solat, nana memegang perutnya menahan sakit, nana diserang kesakitan, nana rebah jatuh di atas sejadah. Aku tersentak lalu mendukung nana ke hospital. 2 jam di tahan di wad kecemasan, dokto memanggil aku.. “awak suami Syazlina..?” “Ya,saya suami Syazlina,Amirul Rasyid..” “harap encik dapat bersabar dan bayakkan berdoa …keadaan sekarang Puan Syazlina mengalami barah yang kritikal,barahnya sudah merebak luas, dia tengah didalam petaruhan nyawanya dan nyawanya kini 50-50 saja. Harap Encik banyak brsabar..” Terlerai air mataku..tidak sangka penyakit nana begitu teruk sampai begini..aku tidak snggup kehilanggan nana..aku pergi melawatnya ,aku melihat pada badan nya terdapat bayak wayar yang ade di tubuhnya. Keadaannya sangt kritikal.. “Nana…nana banyak bersabar ya..kuat semangat nana,jangan putus asa.. amir janji ,amir akan jaga nana sampay nana sembuh..”

Nana hanya trdiam dan mengalirkan air matanya.

Setelah dua minggu nana di tahan, kini amir membawa nana pulang ke rumah. “ Nana nak tolong abang buat keje rumah bolh.?.” “Tak perlu nana..nana baru ja nak sembuh , nana tak bolh banyak bergerak..biar abang ja yang buat..”..nana Cuma mengnggukkan kepala..semua kerja rumah .amair yang lakukan ,demi isterinya yang tercinta..amir sanggup lakukan apa saja untk melihat isterinya, nana sembuh dengan cepat. Malam itu, nana dan amir brbual sebelum tidow. “Sayang..sayang dah nak sembuh,abang janji akan jaga sayang..” “Nana pun janji..tapi katakana nana terpksa pergi dulu,tingglkan abang..maafkan nana ya..nana nak mintak sesuatu dari abang bolh..?” “apa dia sayang..?” “Nana nak abang carikan peganti nana bila nana dah tiada nanti,nana tak nak abang hidup sorang janji ya..” amir tidak mampu membals kata2 nana tdi..sunggh berat pemntaan isterinya itu..amir hanya mampu mengnggukkn kepla saja.

Jam tepat 5.40 pagi..amir hendak menunaikan solat subuh.. “ sayang…mari kita jemaah subuh sayang..” nana hanya terkaku sambil trbaring di atas katil. Sudah digoncang tubuhnya berkali2 namun masih terkaku..tidak menyangka. “ Nur Syazlina binti Yusri” sudah meningglkan suami tercintanya, “Amirul Rasyid bin Amir” buat selama-lamanya..amir menangis teresak2 sambil memeluk diri nana..betapa sedihnya diri amir apabila kehilangan isterinya yang tercinta buat selama-lama nya. Pada petang itu, jenazah nana selamat dikebumikan ,kini amir masih tidak dapat menerima takdir dan hakikat bahawa isteri yang dia sangt sayang kan,pergi meningglkan dirinya…

2 minggu selepas kematian nana, amir mengalami tekana jiwa yang dasyat akibat daripada itu, dia dimsukan ke wad sakit jiwa, akibat tidak dapat menerima kenyataan bahawa isteri kesayangannya sudah pergi meningglkannya seorang diri.. selpas mengalami tekanan jiwa.. amir juga menyusuli nana..ternyata..cinta mereka di bawa ke syurga…

Sabtu, 18 Jun 2011

Jasa Seorang Yang Bernama " ayah "


Mungkin ibu lbh kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tp tahukah kita, sebenar nya ayah lah yg mengingatkan ibu utk menelefon kita? Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tp tahukah kita bhw sebaik saja ayah pulang beke...rja dgn wajah yg letih ayahlah slalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian ? Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jgn minum ais!".Tp tahukah kamu bahwa ayah sangat risau.?? Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dgn tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bhw ayah hanya ingin menjaga kita? Krn bagi ayah, kita adlh sesuatu yg sangat berharga. Saat kita sudah d percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melangar kpercayaan nya...Maka ayah lah yg setia menunggu kita di ruang tamu dgn rasa sangat risau.. Setelah kita dewasa,ayah telah mghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar.. Di saat kita memerlukan ini-itu, utk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adlh org pertama yg berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dngan bangga.. Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangan nya..ayahpun tersenyum bahagia.. Apa kita tahu,bhw ayah sempat pergi ke belakang dan menangis? Ayah menangis krn ayah sangat bahagia..Dan diapun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya".. Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita brsma cucu-cucunya yg sesekali dtg utk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yg tak lagi kuat untuk menjaga kita..akhir sekali " Selamat Hari Bapa "

Jumaat, 10 Jun 2011

"Kasih Yang Suci" ^_^ "Nora Elena"


Menyusul selepas drama “Cinta Antara Kita”, sebuah lagi drama bersiri yang diarah oleh Jet Li dan skrip oleh Maizura Mohamad Ideris bakal disiarkan di TV3 dengan judul, NORA ELENA. Drama bersiri yang diadaptasi dari sebuah novel hebat “Kasih Yang Suci” karya novelis Meen Zulaikha ini merupakan terbitan Asian Media Content (AMC).

Menurut penerbit Suryatie Sidek, pemilihan novel ‘Kasih Yang Suci’ ini adalah disebabkan ia mempunyai ramai pembaca dan antara novel paling laris di antara novel-novel terbitan Alaf 21. Ketika ditemui, Suryatie menjelaskan mengapa tajuk asal novel tidak digunakan untuk drama ini.

“Dulu pernah ada ‘title’ drama yang sama di TV3, “Kasih Suci” lakonan aktres Fazura. Jadi, kami terpaksa ubah tajuk tersebut ke “Nora Elena”. Drama ini masih mengekalkan 70% persamaan dalam novel. Ada juga yang kita ubah sebab ada beberapa babak yang kita tak boleh tunjuk dalam drama.

“Bila kita baca dan divisualkan tidak sama. Dialog di dalam novel memang romantik sangat malah lokasinya banyak di rumah dan di kamar tidur. Justeru, ia akan menyentuh sensitiviti masyarakat,” ujarnya ketika ditemui pada sidang akhbar drama “Nora Elena” di Sri Pentas baru-baru ini.

Bagi penulis novel tersebut, Meen Zulaikha, beliau melahirkan rasa bangga kerana karyanya telah terpilih untuk diadaptasi ke drama. Menurutnya lagi, beliau tidak kisah karyanya diubah kerana faham novel adalah berbeza bila didramakan.

“Ini pertama kali karya saya terpilih untuk dijadikan sebuah drama. Setelah berbincang dengan penulis skrip, dia ada memberitahu mungkin akan ada perubahan untuk drama. Saya faham dan tak kisah ianya ditukar. Saya harap drama ini mendapat sambutan yang baik dari penonton terutama sekali peminat novel ini.”

Drama ‘Nora Elena’ diterajui oleh barisan pelakon-pelakon hebat seperti Aaron Aziz, Siti Saleha, Zul Ariffin, Erry Putra, Wan Sharmila, dan Puteri Fateen. Drama 24 episod yang menjalani penggambaran di lokasi seperti Kuala Lumpur, Rawang, Wangsa Maju dan di sekitar Selangor ini turut diperkuatkan lagi dengan alunan muzik dan lagu-lagu yang menyentuh hati. Salah satunya ialah lagu tema berjudul ‘Dan Bila Esok’, nyanyian Sofazr. Selain itu, Erry Putra juga tampil dengan lagu ‘Berubah’ yang bisa menyentuh emosi dan jiwa penonton.

Bagi hero “Nora Elena’, Aaron Aziz yang juga merupakan duta produk L'Oreal Men Expert, beliau tidak mempunyai masalah membawa watak sebagai Seth Than namun mengakui terpaksa berhadapan dengan beberapa cabaran dalam drama ini.

“Seth membawa satu misi yang panjang setelah apa yang telah dia lakukan suatu masa dulu. Antara cabaran yang paling susah yang perlu dihadapi ialah bagaimana saya nak bawakan watak yang mana saya sebenarnya bukan perampas tunang orang. Sebagai persediaan untuk merealisasikan watak Seth Than, saya buat kajian tentang watak itu dengan membaca novel tersebut.”

‘Nora Elena’ merupakan sebuah sketsa romantik yang bakal menggamit perasaan dan emosi anda. Persimpangan cinta dan pencarian kasih yang tulus suci ini digambarkan melalui keperitan hidup dan tekanan emosi seorang wanita yang telah dihapus keceriaanya akibat kedurjanaan manusia. Ingin mengetahui kesudahan kisah ini, jangan lupa untuk menonton drama siri terbaru, NORA ELENA yang bakal ke udara pada 9 Mei 2011, setiap Isnin hingga Khamis, jam 7malam, hanya di slot Akasia, TV3!